eKelas Penggal 2 Minggu 19

28 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Penggal 2 Minggu 19 ini telah diadakan pada 26 dan 27 Julai 2019 iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu dan bertempat di Pusat Internet Kg. Bogag. Sesi eKelas pada minggu ini telah disertai oleh seramai 12 orang pelajar.

Minggu ini merupakan minggu penilaian akhir untuk eKelas Penggal 2 bagi subjek Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Sesi penilaian ini diadakan bertujuan untuk menguji tahap pemahaman serta menilai prestasi para pelajar untuk setiap subjek berdasarkan topik-topik yang telah dipelajari dalam sesi eKelas yang telah diadakan pada minggu-minggu eKelas sebelum ini.

Bagi penilaian akhir penggal ini, para pelajar perlu menyertai Pertandingan Menulis Esei untuk subjek Bahasa Inggeris dan hasil penulisan tersebut akan diposkan ke pihak Maxis eKelas untuk tujuan semakan dan pemarkahan. Selain itu, mereka juga perlu memuat naik gambar atau video hasil tugasan projek akhir yang telah disiapkan bagi subjek Matematik dan Sains untuk dinilai oleh pihak Maxis eKelas. Para pelajar yang menyertai ujian penilaian bagi ketiga-tiga subjek akan layak mendapat peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik eKelas.

Disamping itu, hasil penilaian ini untuk juga akan digunakan untuk menyelaraskan peningkatan pengajaran, dan seterusnya untuk cikgu-cikgu mengetahui cara-cara untuk membantu para pelajar dengan lebih efektif lagi pada pembelajaran akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali